3:21 AM Edit This 0 Comments »
Syukran jazeelan.Terima kasih buat kalian kerana sudi melewati dan menyusuri halaman di taman ini.Kita bertemu di sini setelah Allah membukakan suatu pintu utk kita bersua dan mungkin juga dapat berbicara di laman ini.Tanpa sentuhanNya,manakan mungkin blog ini diilhamkan dan mampu diisikan dengan butir-butir atau buah fikiran yg berpaksi pd landasan sebenar.bermakna isi yg tertulis ini lEbih kepada berunsur fakta dan sedikit pendapat daripada pencoretnya.
Di kala kesibukan hiruk-pikuk dunia ini,manusia atau insan makin melupakan dan terlupa dalam penghayatan isi alam anugerahNya.Adakah terwujud unsur utk menghayati alam jagat ini atau mungkin kita terlalu fokus demi urusan dunia?Sebagai hamba yg selayaknya mempersembahkan cinta pada KhalidNya,seharusnya memperhalusi dan mengaitkan setiap tingkah perbuatan dengan punca daripadaNya.
Misalnya,alam sarwajagat ini tersergam atas sentuhanNya yg tiada tara.Kadangkala kita hairan bagaimana alam ini mampu bergerak dan beroperasi tanpa henti dengan begitu teratur sekali tanpa unsur cacat cela.Cuma manusia saja yg mencomotkan isinya sehingga pemandangan itu tidak seperti dulunya.Padahal,telah tertulis sejak dulu bahawa alam ini juga amanat utk diletakan di bawah jagaan hamba-hambaNYa.
Terlalu indah alam ini jika kita mengamatinya.Sepertimana telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran bahasanya alam ini dihuni dengan pelbagai makhluk dari alam nyata sehinggalah yg ghaib atau mistik.Jika kita membuka kisah tentang Puteri Balqis dan Nabi Sulaiman a.s,cukup indah dan lengkap dgn unsur yang nyata serta mistiknya.Peranan burung hud-hud yg bijaksana,jin ifrit dan haiwan lain yg menjadi bala tentera Nabi Sulaiman a.s adalah cukup hebat dan sukar digambarkan dengan logik akal.
Dengan itu,hayatilah alam ini yg tak akan terputus dengan unsur sentuhan Sang Pencipta.Seribu rahsia dan keajaiban masih disusuli agar kita sentiasa mendekatiNya sepnajang masa.InsyaAllah...=)
